Friday, August 29, 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!! Adakah kita bangga?


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957, yang menjadi detik paling istimewa dalam sejarah Malaysia. Ianya merupakan detik permulaan kepada kemerdekaan sepenuhnya rakyat kita daripada dijajahi dan dikawal oleh British. Setelah lama dijajah dan ekonomi di kawal oleh rakyat asing, Tanah Melayu akhirnya telah bebas untuk ditadbir oleh tuan empunya tanah sendiri iaitu orang Melayu.
Akan tetapi sikap ketuanan itu sendiri amatlah lemah jika dilihat dari segi ego Melayu. Sta eharusnya kita berasa bangga dgn bahasa, budaya dan bangsa Melayu kerana sekurang2nya kita ada identiti dan tanah kita sendiri sejak berkurun2 lamanya.

Sikap kebanggaan identiti Melayu ini seharusnya menjadikan kita bersemangat untuk memajukan diri kita dari segi ekonomi dan pembangunan insaniah. Kita tidak seharusnya terlalu merendahkan diri kita dgn bangsa2 lain terutamanya Mat Salleh atau bangsa2 lain. Perbuatan kita mengagung2kan mereka membuatkan identiti kita sendiri lemah dan tidak dipandang hebat oleh bangsa lain. Contohnya negara Jepun, Italy dan Perancis. Budaya2 mereka juga begitu kuat sehinggakan banyak restoran2 seluruh dunia mempunya restoran makanan Perancis, Jepun dan Italy. Apabila bertanding di sukan peringkat antarabangsa pula, mereka bangga ingin menaikkan nama negara mereka supaya dapat mengibarkan dan menyanyikan lagu kebangsaan mereka jika menang. Bermain dgn bersungguh2 mereka. Semangat bangga kepada bangsa sendiri, akan meningkatkan perpaduan, hala tuju, semangat dan azam kepada individu2 di dalam sesebuah negara. Ini penting agar bangsa kita tidak berpecah belah, bergaduh, berpuak2, memfitnah dan menjadi duri dalam daging sesama bangsa sendiri.

Kita masih kekurangan sifat tersebut di hati kita, ini mungkin kerana sifat kesamaran identiti kerana negara kita terlalu banyak dijajahi oleh bangsa asing sejak dulu lagi. Dengan kemasukkan dan campur adukkan lagi bersama bangsa2 lain, sekali lagi identiti kita kurang kuat kerana semangat perjuangan susah senang bersama tidak pernah atau jarang diharungi bersama. Saya nampak, dari segi kebanggan terhadap bangsa Melayu itu sendiri amatlah lemah kerana masih ramai yang bangga jika ada orang putih datang atau bangga jika pergi kenegara orang putih dan menyerapkan budaya orang putih kedalam budaya mereka. Kadang2 ada yang terlalu hanyut dibawa arus budaya mat salleh sehingga tidak mahu pulang ke kampung, atau tidak mahu makan makanan tempatan sangat. Also, tidak mahu baca buku bahasa Melayu dan menyingkap kembali sejarah Tanah Melayu.

Susah senang kita bersama. Bangkit jatuh kita bersama. Jika suatu hari nanti terjadi apa2 musibah di negara kita, tiada siapa yang akan menolong diri kita kecuali bangsa kita sendiri juga.
Jadi, cintailah bangsa kita. Salam sayang bangsaku dari Irra.