Wednesday, November 12, 2008

Fitness First and Futsal!!


Bila saya sebut je title kat atas, mesti sume org ingat gym club Fitness First yang bersepah branchnya kat serata KL and Penang.. well tidak, topik kali ini bukan pasal gym club tu, tapi mengenai fitness diri kita, kecergasan diri kita terutama apabila kita berlari2 dalam permainan futsal nieyh. Setelah 2-3 bulan berehat dari bermain futsal, kita perlu kembali membina fitness kita seperti berjogging, berjalan kaki long distance, menyertai senamrobik (setiap 8-10pg ada senam robik percuma kat Taman Tasik Chempaka, Bangi) dan juga mengayuh basikal. Pentingnya fitness dibina ialah utk mengembalikan kesegaran dan kecergasan otot2 sebab otot2 dah menguncup balik setelah lama berehat.


Fitness bukan saja utk futsal, tapi secara tak langsung kita membina fitness kita dapat mengurangkan stress, mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, membuatkan muka kita nampak segar dan minda pun cerdas. Patut la org2 yang cergas sukan, juga berada di kalangan kelompok2 orang2 yang berjaya!


Seperti ramai player-player futsal kat KL ni rata2nye semua adalah part timer sports people yang sanggup meluangkan masa sampingan utk bermain futsal secara tetap kerana minat!! Perkembangan ini adalah cukup positive demi menjana rangkaian sosial, aspirasi dan daya saingan dikalangan belia ( mula la aku ni dah cakap macam Belia 4B spokeperson adei..). Maklumlah asalnya saya bermain futsal pun kerana menyertai kelab Belia 4B Lembah Pantai..saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada people2 yang mengintroducekan saya kepada sukan yang sungguh menarik ni.