Sunday, July 20, 2008

Syabas kpd Pasukan Angah, A7 Lelaki- 2nd place Carnival I Metro Zon Selatan.

PENCARIAN slot 24 pasukan terakhir yang akan mengibarkan cabaran di Grand Final Karnival Futsal i-Metro akhirnya terjawab selepas berakhirnya saingan terakhir, Zon Selatan, semalam.

Pasukan tuan rumah, Fajar Selatan B melengkapkan pencarian terakhir apabila dinobat sebagai juara kategori Terbuka Lelaki, menewaskan wakil Lembah Klang, A7 United 2-0 dalam perlawanan sengit yang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

Nyata sokongan padu hampir 4,000 penyokong yang membanjiri lokasi kejohanan, Soccer Xtreme pada perlawanan final menyuntik semangat jitu kepada Fajar Selatan B untuk memburu kemenangan biarpun ketinggalan 0-1 di babak pertama.

Fajar Selatan yang diketuai Rizzali Bakrin bagaimanapun bangkit menyusun gerakan cantik untuk membuka peluang kepada penyerang, Azizul Aziz menyumbat gol penyamaan dua minit selepas itu.

Thursday, July 17, 2008

Takziah...

Kami ingin memberi ucapan takziah kepada team Kapten, Mid di atas pemergian ayahndanya..Takziah..Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sunday, July 13, 2008

4 Year old prodigy drummer..mak aaih..


4 YEARS old drummer Igor Falecki,sabian - More bloopers are a click away

Bukan senang nak main mcm ni wooo..believe me, my sis has a drum set at home, I've tried drumming, but it was not easy at all! Salut kt budak nieeh..

Friday, July 11, 2008

HTO: 17 July 08, Khamis 9mlm. Futsal Penjuru Games


So far Kaizen's friend team namely WLS Fc, wanted and booked to be a part of the Penjuru game that we'll be conducting at HTO Khamis 9mlm. Tentatively also Naruto will be there.. and I hope Titan and Xoxo and cik Xai's team...will confirm soon, hoi cik xai if u read this aaaa cepat2 respond ek ..ehhe. So far no official invitation had been sent to other teams yet. We've only invited friend2 team like above je dulu... The tukang mencari teams (me lah tu) agak tired la these 2 weeks becoz manyak keje and bz la dgn activity family and office and masyarakat (dirahsiakan). However, next week!!!! Get ready for some actions, some active futsal activities, some rough plays... because we will be back in action! aha..... ada satu lagi team, KLCC futsal team, cousin kawan I nyer, maybe leh masuk jugak.




Monday, July 7, 2008

We Shall have guest Coach at times.

Hyee... comel tak kamu semua hari ini? Kalau rasa comel, pegi la amik gambar sendiri dan syok sendiri sambil tersenyum2. hehehe.. Walau apa pun, comel adalah asas kepada segala2 nya dalam futsal. Kenapakah irra suka mengarut? Ini sebenarnya adalah auta dan bukan fakta.

Apa pun, saya ingin menyatakan apa plan seterusnya bagi Kaizen Circle Fc. Setakat ini, kita telah menjalani beberapa siri friendly dan mini tourney. Akan tetapi, sudah lama kita tak training kan? Training tu maksudnye cam tendang bola, passing, defensive skills, shooting skills, gelecek skill (jika perlu) and goal keeping skill. Practical training dah pun di praktikkan dalam a series of friendlies and tournaments yang tlah kita masuk ritu. It was awesome and full of saat2 yg mendebarkan. However, when it comes to real training, kita juga memerlukannya, sekadar utk re-fresh balik and membiasakan diri kita dlm game nanti. Konsep kami, ialah kami tiada coach. Akan tetapi, from time to time, we shall take guest coaches.. Dan coach tak semestinya lelaki, perempuan pun boley juga.. And coach pun boleh jadik di kalangan players sendiri yg mempunyai bakat, experience dan knowledge lebey skit dari kalangan kita. Siapa yang ingin step-up dan ingin mengajar, kami balun je and terima je. Ini lah yang dikatakan tagihkan ilmu. Kenapa macam poyo sgt bunyi nye nieyh? Astaga..

Matlamat asal ialah fun, stress-free, winning spirit, never give up, always improving and komitment (jika tiada aral melintang). Tiada paksaan kepada sesiapa, its the team spirit yg akan push u guys more than the limit. Kabish..?

Apapun, biasanya selalunye apa2 tournament pun, kita nak tibai! Redah je lah..

Friday, July 4, 2008

Sabtu ni nak main dgn Fauziah Latiff's Futsal Team

Sabtu ni cadangnya kitorang nak main dgn Kak Gee's (Fauziah Latiff) punye team futsal. Kart Ampang SP. Haritu dah main dah dgn derang...team derang nama Spartan. They were actually a pretty cool team, jersey cantik babe, fully sponsored by..I don't know, maybe Kak Gee kot? Wallahualam.. They said they liked having frienly dgn kitorang. So Sabtu ni derang ajak lagi. Haritu ada snap a few pics with them and also Kak Gee. The pics are still in my friend's handphone. Nanti I uploadkan..
It was a good experiance lah. Yang penting leh tambah kenalan, termasuklah kenalan artis! hehehe.