Wednesday, November 12, 2008

Fitness First and Futsal!!


Bila saya sebut je title kat atas, mesti sume org ingat gym club Fitness First yang bersepah branchnya kat serata KL and Penang.. well tidak, topik kali ini bukan pasal gym club tu, tapi mengenai fitness diri kita, kecergasan diri kita terutama apabila kita berlari2 dalam permainan futsal nieyh. Setelah 2-3 bulan berehat dari bermain futsal, kita perlu kembali membina fitness kita seperti berjogging, berjalan kaki long distance, menyertai senamrobik (setiap 8-10pg ada senam robik percuma kat Taman Tasik Chempaka, Bangi) dan juga mengayuh basikal. Pentingnya fitness dibina ialah utk mengembalikan kesegaran dan kecergasan otot2 sebab otot2 dah menguncup balik setelah lama berehat.


Fitness bukan saja utk futsal, tapi secara tak langsung kita membina fitness kita dapat mengurangkan stress, mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, membuatkan muka kita nampak segar dan minda pun cerdas. Patut la org2 yang cergas sukan, juga berada di kalangan kelompok2 orang2 yang berjaya!


Seperti ramai player-player futsal kat KL ni rata2nye semua adalah part timer sports people yang sanggup meluangkan masa sampingan utk bermain futsal secara tetap kerana minat!! Perkembangan ini adalah cukup positive demi menjana rangkaian sosial, aspirasi dan daya saingan dikalangan belia ( mula la aku ni dah cakap macam Belia 4B spokeperson adei..). Maklumlah asalnya saya bermain futsal pun kerana menyertai kelab Belia 4B Lembah Pantai..saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada people2 yang mengintroducekan saya kepada sukan yang sungguh menarik ni.

Monday, October 6, 2008

Kaizen.. Rahsia org Jepun terbongkar

Kaizen adalah konsep yang diketengahkan oleh orang Jepun yang bermaksud: perubahan kearah kebaikan sikit demi sedikit… Orang Jepun berpegang teguh kepada konsep ini sejak tamatnya Perang Dunia ke II lagi dan sehingga kini, Jepun merupakan negara yang amat maju di Asia dan juga di mata dunia.

Untuk berjaya, anda perlu menanam konsep ini. Fikirkan diri anda sebagai jentera kearah kejayaan. Setiap hari, perbaiki hanya 1% daripada usaha anda. Esok, anda akan imrpove 2%… lusa pula 3%… dalam masa 100 hari dari sekarang sekiranya setiap hari anda dedikasikan untuk memperbaiki cuma 1% daripada usaha anda ke arah kejayaan, anda berjaya perbaiki diri anda 100% dari keadaan anda kini!

Kaizen… cuma satu perkataan, di mana tiada perkataan bahasa Malaysia ataupun Inggeris yang serupa dengannya! Itulah dianya Rahsia Orang Jepun Terbongkar :)

Wednesday, September 24, 2008

Siapa nak Duit Raya..Selamat Hari Raya buat Semua kawan2 dan sanak saudara..

Assalamualaikum... Sempena bulan baik dan perayaan yg baik ini.. Saya yg berada nun jauh di perantauan ( jauh ke?) ingin menyampaikan ucapan raya buat semua rakan2 dan kenalan2 serta sanak saudara mara yang mengenali diri ini, juga tak lupa buat team futsal saya sama ada team mates yang lama mahupun yang baru mahu pun sesiapa saja yg pernah bermain futsal dgn saya.


Ampun maaf di pinta andaikata saya ada melakukan salah dan silap, harap di halalkan makan dan minum ya..

Jemput lah datang ke rumah! ;)

Thursday, September 18, 2008

Hey lets start to play futsal again after raya ;)


Jesse McCartney. Who's a fan...? I think I'd rather choose Jesse Mc Cartney than the Jonas Brothers. Jonas Brothers are for kids and sissies..hehe. Lagipun Jesse's song are quite cool la gak.. Anyway, lets listen.

Friday, August 29, 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!! Adakah kita bangga?


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957, yang menjadi detik paling istimewa dalam sejarah Malaysia. Ianya merupakan detik permulaan kepada kemerdekaan sepenuhnya rakyat kita daripada dijajahi dan dikawal oleh British. Setelah lama dijajah dan ekonomi di kawal oleh rakyat asing, Tanah Melayu akhirnya telah bebas untuk ditadbir oleh tuan empunya tanah sendiri iaitu orang Melayu.
Akan tetapi sikap ketuanan itu sendiri amatlah lemah jika dilihat dari segi ego Melayu. Sta eharusnya kita berasa bangga dgn bahasa, budaya dan bangsa Melayu kerana sekurang2nya kita ada identiti dan tanah kita sendiri sejak berkurun2 lamanya.

Sikap kebanggaan identiti Melayu ini seharusnya menjadikan kita bersemangat untuk memajukan diri kita dari segi ekonomi dan pembangunan insaniah. Kita tidak seharusnya terlalu merendahkan diri kita dgn bangsa2 lain terutamanya Mat Salleh atau bangsa2 lain. Perbuatan kita mengagung2kan mereka membuatkan identiti kita sendiri lemah dan tidak dipandang hebat oleh bangsa lain. Contohnya negara Jepun, Italy dan Perancis. Budaya2 mereka juga begitu kuat sehinggakan banyak restoran2 seluruh dunia mempunya restoran makanan Perancis, Jepun dan Italy. Apabila bertanding di sukan peringkat antarabangsa pula, mereka bangga ingin menaikkan nama negara mereka supaya dapat mengibarkan dan menyanyikan lagu kebangsaan mereka jika menang. Bermain dgn bersungguh2 mereka. Semangat bangga kepada bangsa sendiri, akan meningkatkan perpaduan, hala tuju, semangat dan azam kepada individu2 di dalam sesebuah negara. Ini penting agar bangsa kita tidak berpecah belah, bergaduh, berpuak2, memfitnah dan menjadi duri dalam daging sesama bangsa sendiri.

Kita masih kekurangan sifat tersebut di hati kita, ini mungkin kerana sifat kesamaran identiti kerana negara kita terlalu banyak dijajahi oleh bangsa asing sejak dulu lagi. Dengan kemasukkan dan campur adukkan lagi bersama bangsa2 lain, sekali lagi identiti kita kurang kuat kerana semangat perjuangan susah senang bersama tidak pernah atau jarang diharungi bersama. Saya nampak, dari segi kebanggan terhadap bangsa Melayu itu sendiri amatlah lemah kerana masih ramai yang bangga jika ada orang putih datang atau bangga jika pergi kenegara orang putih dan menyerapkan budaya orang putih kedalam budaya mereka. Kadang2 ada yang terlalu hanyut dibawa arus budaya mat salleh sehingga tidak mahu pulang ke kampung, atau tidak mahu makan makanan tempatan sangat. Also, tidak mahu baca buku bahasa Melayu dan menyingkap kembali sejarah Tanah Melayu.

Susah senang kita bersama. Bangkit jatuh kita bersama. Jika suatu hari nanti terjadi apa2 musibah di negara kita, tiada siapa yang akan menolong diri kita kecuali bangsa kita sendiri juga.
Jadi, cintailah bangsa kita. Salam sayang bangsaku dari Irra.

Sunday, July 20, 2008

Syabas kpd Pasukan Angah, A7 Lelaki- 2nd place Carnival I Metro Zon Selatan.

PENCARIAN slot 24 pasukan terakhir yang akan mengibarkan cabaran di Grand Final Karnival Futsal i-Metro akhirnya terjawab selepas berakhirnya saingan terakhir, Zon Selatan, semalam.

Pasukan tuan rumah, Fajar Selatan B melengkapkan pencarian terakhir apabila dinobat sebagai juara kategori Terbuka Lelaki, menewaskan wakil Lembah Klang, A7 United 2-0 dalam perlawanan sengit yang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

Nyata sokongan padu hampir 4,000 penyokong yang membanjiri lokasi kejohanan, Soccer Xtreme pada perlawanan final menyuntik semangat jitu kepada Fajar Selatan B untuk memburu kemenangan biarpun ketinggalan 0-1 di babak pertama.

Fajar Selatan yang diketuai Rizzali Bakrin bagaimanapun bangkit menyusun gerakan cantik untuk membuka peluang kepada penyerang, Azizul Aziz menyumbat gol penyamaan dua minit selepas itu.

Thursday, July 17, 2008

Takziah...

Kami ingin memberi ucapan takziah kepada team Kapten, Mid di atas pemergian ayahndanya..Takziah..Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sunday, July 13, 2008

4 Year old prodigy drummer..mak aaih..


4 YEARS old drummer Igor Falecki,sabian - More bloopers are a click away

Bukan senang nak main mcm ni wooo..believe me, my sis has a drum set at home, I've tried drumming, but it was not easy at all! Salut kt budak nieeh..

Friday, July 11, 2008

HTO: 17 July 08, Khamis 9mlm. Futsal Penjuru Games


So far Kaizen's friend team namely WLS Fc, wanted and booked to be a part of the Penjuru game that we'll be conducting at HTO Khamis 9mlm. Tentatively also Naruto will be there.. and I hope Titan and Xoxo and cik Xai's team...will confirm soon, hoi cik xai if u read this aaaa cepat2 respond ek ..ehhe. So far no official invitation had been sent to other teams yet. We've only invited friend2 team like above je dulu... The tukang mencari teams (me lah tu) agak tired la these 2 weeks becoz manyak keje and bz la dgn activity family and office and masyarakat (dirahsiakan). However, next week!!!! Get ready for some actions, some active futsal activities, some rough plays... because we will be back in action! aha..... ada satu lagi team, KLCC futsal team, cousin kawan I nyer, maybe leh masuk jugak.




Monday, July 7, 2008

We Shall have guest Coach at times.

Hyee... comel tak kamu semua hari ini? Kalau rasa comel, pegi la amik gambar sendiri dan syok sendiri sambil tersenyum2. hehehe.. Walau apa pun, comel adalah asas kepada segala2 nya dalam futsal. Kenapakah irra suka mengarut? Ini sebenarnya adalah auta dan bukan fakta.

Apa pun, saya ingin menyatakan apa plan seterusnya bagi Kaizen Circle Fc. Setakat ini, kita telah menjalani beberapa siri friendly dan mini tourney. Akan tetapi, sudah lama kita tak training kan? Training tu maksudnye cam tendang bola, passing, defensive skills, shooting skills, gelecek skill (jika perlu) and goal keeping skill. Practical training dah pun di praktikkan dalam a series of friendlies and tournaments yang tlah kita masuk ritu. It was awesome and full of saat2 yg mendebarkan. However, when it comes to real training, kita juga memerlukannya, sekadar utk re-fresh balik and membiasakan diri kita dlm game nanti. Konsep kami, ialah kami tiada coach. Akan tetapi, from time to time, we shall take guest coaches.. Dan coach tak semestinya lelaki, perempuan pun boley juga.. And coach pun boleh jadik di kalangan players sendiri yg mempunyai bakat, experience dan knowledge lebey skit dari kalangan kita. Siapa yang ingin step-up dan ingin mengajar, kami balun je and terima je. Ini lah yang dikatakan tagihkan ilmu. Kenapa macam poyo sgt bunyi nye nieyh? Astaga..

Matlamat asal ialah fun, stress-free, winning spirit, never give up, always improving and komitment (jika tiada aral melintang). Tiada paksaan kepada sesiapa, its the team spirit yg akan push u guys more than the limit. Kabish..?

Apapun, biasanya selalunye apa2 tournament pun, kita nak tibai! Redah je lah..

Friday, July 4, 2008

Sabtu ni nak main dgn Fauziah Latiff's Futsal Team

Sabtu ni cadangnya kitorang nak main dgn Kak Gee's (Fauziah Latiff) punye team futsal. Kart Ampang SP. Haritu dah main dah dgn derang...team derang nama Spartan. They were actually a pretty cool team, jersey cantik babe, fully sponsored by..I don't know, maybe Kak Gee kot? Wallahualam.. They said they liked having frienly dgn kitorang. So Sabtu ni derang ajak lagi. Haritu ada snap a few pics with them and also Kak Gee. The pics are still in my friend's handphone. Nanti I uploadkan..
It was a good experiance lah. Yang penting leh tambah kenalan, termasuklah kenalan artis! hehehe.

Friday, June 27, 2008

TEAM PLAYERS

1. Mid - STRIKER
2. Ila - DEFEND
3. Anis - STRIKER
4. Abby - MIDFIELDER
5. Keish - STRIKER/MIDFIELDER
6. Irra - GOALKEEPER
7. Ckin - STRIKER/MIDFIELDER
8. Amy - DEFEND
9. QIDAH - STRIKER

more players are coming insyallah..

What is Kaizen Circle?













The word Kaizen is actually depicted from the Japanese term Continuos Improvement.
Jadik, kami menggunakan perkataan ini sebagai ilham daripada semangat teamwork and team spirit yang tidak mengenal jemu utk mencapai kemajuan secara 'step-by-step' each day. Which means Today is always supposed to be Better than Yesterday.

Circle pulak, bukan bermakne kami ni ramai yang bulat..Oooh tak rela akak. Tapi ianya merupakan satu phrase yang bermakna Circle of Friends. Kami semua ni main pun main gak futsal, tapi persahabatan yang dijalin membuatkan ikatan team menjadi lebih kuat dan menjentik semangat berpasukan yang tinggi. (pergh terer gak ye aku buat karangan BM).

Sorry lah bahasa rojak campur..jap BI jap BM, faham2 lah kita rakyat Malaysia memang kadang2 ckp cenggini..Apa pun diharapkan Kaizen Circle menjadi sebuah pasukan yang amat berjiwa kental dan cool di arena futsal. Good Luck u guys..;)

THE 2008 Scores as @ June 2008

PLESE CLICK ON THE TABLE BELOW TO VIEW BIG!!

EURO 2008 HIGHLIGHTS. WATCH IT!


EURO 2008 Group Stages Emotions Compilation - Click here for more home videos

INSPIRATION TV. WATCH IT!!


Bestnyer ni..cuba tgk macam mana C.Ronaldo gelecek bola..
senang and stylo je cara dia buat.

Cristiano Ronaldo The Killer Star 7 (Saison 2006/2007) - Awesome video clips here

Ni Falcao.. The best futsal player in the world skang (Brazil). Cayalah
Mamat nieh.

Falcao the Best Futsal Player - Click here for the most popular videos