Sunday, July 20, 2008

Syabas kpd Pasukan Angah, A7 Lelaki- 2nd place Carnival I Metro Zon Selatan.

PENCARIAN slot 24 pasukan terakhir yang akan mengibarkan cabaran di Grand Final Karnival Futsal i-Metro akhirnya terjawab selepas berakhirnya saingan terakhir, Zon Selatan, semalam.

Pasukan tuan rumah, Fajar Selatan B melengkapkan pencarian terakhir apabila dinobat sebagai juara kategori Terbuka Lelaki, menewaskan wakil Lembah Klang, A7 United 2-0 dalam perlawanan sengit yang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

Nyata sokongan padu hampir 4,000 penyokong yang membanjiri lokasi kejohanan, Soccer Xtreme pada perlawanan final menyuntik semangat jitu kepada Fajar Selatan B untuk memburu kemenangan biarpun ketinggalan 0-1 di babak pertama.

Fajar Selatan yang diketuai Rizzali Bakrin bagaimanapun bangkit menyusun gerakan cantik untuk membuka peluang kepada penyerang, Azizul Aziz menyumbat gol penyamaan dua minit selepas itu.